Imam muda, anak maut kenderaan terbabas gaung

Imam muda, anak maut kenderaan terbabas gaung

Mohd Fitri Md Said dan anaknya dikenali Nurin Insyirah yang terperangkap bawah Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

hospital segamat
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Zainal Abidin Che Deraman berkata isteri dan dua lagi anak mangsa belum diketahui identiti yang cedera dirawat di Hospital Segamat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Imam muda Masjid Nurul Falah Felda Redong dan anak perempuannya maut selepas pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbabas ke gaung di Jalan Labis-Segamat dekat Kampung Kwongsai, Segamat.

Mohd Fitri Md Said, 38, dan anaknya dikenali Nurin Insyirah yang terperangkap bawah Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri dan dua lagi anaknya yang belum diketahui identiti cedera serta dirawat di Hospital Segamat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Zainal Abidin Che Deraman, berkata tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang semalam.

Menurutnya, lima mangsa berada dalam kenderaan itu, dengan tiga daripadanya berjaya keluar sebelum pasukannya tiba.

“Dua mangsa, masing-masing lelaki dan kanak-kanak tersepit bawah 4WD terbalik selepas dipercayai terbabas ke dalam gaung.

“Pasukan Keluaran Operasi menggunakan peralatan hidraulik serta peralatan lain bagi menstabilkan kenderaan, sekali gus membolehkan mangsa dikeluarkan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga yang cedera dihantar ke Hospital Segamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.