Fahmi Reza tak diberi pas masuk Sabah

Fahmi Reza tak diberi pas masuk Sabah

Artis grafik dan aktivis itu kata beliau diberi notis penolakan masuk di lapangan terbang Kota Kinabalu.

Fahmi Reza
Fahmi Reza tunjuk notis penolakan masuk yang diberikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. (Gambar Fahmi Reza)
PETALING JAYA:
Artis grafik dan aktivis Fahmi Reza dihalang memasuki Sabah hari ini.

Fahmi, yang terkenal dengan karya seni satira dan kritikan terhadap tokoh politik, berkongsi notis penolakan masuk di Instagram.

Notis bertarikh hari ini dikeluarkan imigresen Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Menurut notis itu, pas tidak dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Sabah sejajar Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63.

“Notis ini bertujuan memberitahu tuan telah ditolak untuk masuk ke Negeri Sabah,” katanya.

Menurut Fahmi, beliau pulang ke Kuala Lumpur selepas itu.

Awal tahun ini, Fahmi ditahan polis Sabah bagi membantu siasatan terhadap salah satu karya satiranya. Beliau disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina institusi diraja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.