Anwar tiba di KK untuk lawatan kerja

Anwar tiba di KK untuk lawatan kerja

Anwar Ibrahim dan Pengerusi PH Sabah Ewon Benedick dijadual menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu malam ini.

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendarat di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba malam tadi untuk lawatan kerja di Sabah hingga esok.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 9.30 malam disambut oleh Ketua Menteri Hajiji Noor dan pemimpin negeri yang lain.

Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi PH Sabah Ewon Benedick dijadual menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu malam ini.

Esok, perdana menteri dijadual menghadiri beberapa program termasuk perasmian sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Penampang pada 8 pagi.

Selepas itu, beliau akan melancarkan Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 10 pagi.

Anwar juga dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang sebelum pulang ke ibu negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.