
Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki, perkara itu akan dilaksana melalui Jabatan Peguam Negara (AGC).
“SPRM sudah menyiapkan permohonan MLA itu dan akan diserahkan kepada AGC dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan satu acara hari ini, lapor Berita Harian.
Beliau sebelum ini mendedahkan sekurang-kurangnya tiga negara iaitu Brazil, Singapura dan Belanda dikesan terbabit dalam transaksi pelaburan mencurigakan oleh syarikat terbabit.
Keterangan berhubung transaksi kewangan di luar negara itu penting untuk membantu siasatan SPRM.
Dua rakyat Malaysia turut dikesan menjadi proksi dalam pelaburan mencurigakan syarikat itu.
SPRM sebelum ini mengesahkan satu siasatan sedang dilakukan berhubung kes pengubahan wang haram dikaitkan dengan Sapura Energy Berhad (SEB).
Fokus siasatan SPRM dilapor menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa dalam isu membabitkan ganjaran yang meliputi gaji, bonus dan syer, selain ‘branding fee’ (yuran penjenamaan) dan amalan ‘private placement’ (penyenaraian persendirian) antara 2012 hingga 2021.
Ia turut menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes terbabit yang telah dirakam percakapan oleh SPRM.