Mesej dakwa MP PKR tarik sokongan ‘mengarut’, kata naib presiden

Mesej dakwa MP PKR tarik sokongan ‘mengarut’, kata naib presiden

Chang Lih Kang yang nama turut tersenarai tepis mesej tular dakwa 11 Ahli Parlimen PKR tarik sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Chang Lih Kang
Naib Presiden PKR Chang Lih Kang kata Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad letak jawatan Jemaah Menteri untuk jaga adab dan semangat demokrasi.
PETALING JAYA:
Seorang naib presiden PKR menepis dakwaan 11 Ahli Parlimen parti itu menarik sokongan kepada Presiden Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.

Chang, yang namanya turut tersenarai dalam mesej tular tersebut menyifatkan ia sebagai ‘mengarut’.

Perkembangan ini menyusuli peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri, hari ini, susulan kekalahan dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Rafizi dan Nik Nazmi letak jawatan Jemaah Menteri untuk menjaga adab dan semangat demokrasi,” kata Chang di Facebook.

“Yang lain tak perlu nak menangguk di air keruh.”

Mesej tersebut mendakwa 11 Ahli Parlimen termasuk Chang menarik sokongan kepada Anwar selaku perdana menteri.

Turut tersenarai Rafizi, Nik Nazmi, Naib Presiden Aminuddin Harun, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Parlimen Subang Wong Chen, dan Ahli Parlimen Gopeng Tan Kar Hing.

Mesej itu juga mendakwa wakil rakyat berkenaan akan mengadakan suatu sidang media pada Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.