Ketua jabatan kecemasan HKL dilantik KP kesihatan baharu

Ketua jabatan kecemasan HKL dilantik KP kesihatan baharu

Dr Mahathar Abd Wahab ambil alih jawatan itu daripada Dr Radzi Abu Hassan yang bersara awal bulan ini.

Shamsul Azri bin Abu Bakar n Mahathar Abd Wahab
Dr Mahathar Abd Wahab (kanan) menerima surat pelantikan sebagai ketua pengarah kesihatan daripada Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilantik sebagai ketua pengarah kesihatan baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, berkata Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan kepada pelantikan Dr Mahathar Abd Wahab, 56, bagi jawatan berkenaan.

Mahathar graduan University of St Andrews, di Scotland dengan ijazah sarjana muda dalam sains perubatan, sebelum memperoleh ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan dari University of Manchester, serta ijazah sarjana dalam bidang perubatan (perubatan kecemasan) di Universiti Sains Malaysia.

Shamsul berkata, Mahathar pertama kali dilantik sebagai pegawai perubatan Kementerian Kesihatan pada 1 Okt 1996.

Mahathar mengambil alih jawatan ketua pengarah kesihatan daripada Dr Radzi Abu Hassan, yang bersama awal bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.