Sultan Brunei ‘dalam keadaan baik’ selepas dimasukkan ke IJN

Sultan Brunei ‘dalam keadaan baik’ selepas dimasukkan ke IJN

Sultan Hassanal Bolkiah akan berada di IJN selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan.

Sultan Hassanal Bolkiah EPA 270525
Sultan Hassanal Bolkiah berada di Kuala Lumpur hari ini bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para kenamaan GCC. (Gambar EPA Images)
KUALA LUMPUR:
Kesihatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam keadaan baik selepas baginda dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital ketika Sidang Kemuncak Asean ke-46.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan akan berada di sana selama beberapa hari atas nasihat pakar perubatan, menurut pejabatnya.

“Baginda dalam keadaan sihat … cuma keletihan,” menurut kenyataan daripada pejabatnya, lapor Reuters.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei itu dimasukkan ke hospital.

“Baginda sedikit keletihan dan kini sedang berehat,” katanya pada sidang media, tanpa mengulas lanjut.

Sultan Hassanal Bolkiah berada di Kuala Lumpur hari ini bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para kenamaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.