Guru lapor polis, nafi terlibat kejadian tular

Guru lapor polis, nafi terlibat kejadian tular

Seorang perempuan nafi terlibat dalam kejadian guru didakwa memalukan murid sekolah rendah.

Naazron Abdul Yusof
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof kata siasatan dijalankan di bawah Akta Kanak-kanak, Kanun Keseksaan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia susulan laporan oleh seorang guru. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang perempuan dari sebuah sekolah di Kajang nafi terlibat dalam kejadian guru didakwa memalukan seorang murid, menerusi laporan polis rentetan video tular di media sosial.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan polis daripada guru tersebut semalam.

Polis berkata kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak. Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan ke balai berhampiran atau boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan.

Semalam, Kementerian Pendidikan dilapor sedang menyiasat kejadian beberapa guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan kejadian itu sebagai ‘amat dikesali’.

Perkembangan ini menyusuli penularan video kejadian di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.