Fahmi ucap takziah pemergian legenda penyiaran Yahya Longchik

Fahmi ucap takziah pemergian legenda penyiaran Yahya Longchik

Menteri Komunikasi berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

Yahya Longchik
Allahyarham Yahya Longchik yang merupakan penyampai berita TV dan radio terkenal dari 1960an hingga 1990an itu meninggal dunia pada usia 86 tahun. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yahya Longchik atas pemergian bekas penyampai radio dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Allahyarham yang merupakan penyampai berita TV dan radio terkenal dari 1960an hingga 1990an itu meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.

Menerusi hantaran X, Fahmi menyatakan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

“Sebagai antara suara dan wajah yang membentuk landskap berita TV dan radio tanah air menerusi @RTM_Malaysia, Allahyarham dikenang bukan sahaja atas gaya penyampaiannya yang berkarisma, tetapi juga atas dedikasinya terhadap mutu dan integriti penyiaran.

“Lebih daripada penyampai berita, beliau adalah simbol amanah, kredibiliti dan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Fahmi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selepas bersara daripada RTM, Yahya menyertai Pos Malaysia pada 1990 sebagai pengurus kumpulan (Perhubungan Awam).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.