Disyaki curi barang pasar raya, 4 sekeluarga direman

Disyaki curi barang pasar raya, 4 sekeluarga direman

Kejadian terbongkar selepas pihak pengurusan pasar raya tidak temui rekod atau resit pembayaran.

mahkamah muar
Empat sekeluarga direman kerana disyaki curi barang pasar raya yang dimuat dalam troli. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Empat sekeluarga direman kerana disyaki mencuri pelbagai jenis barangan yang dimuat dalam troli, dengan seorang suspek yang bekerja di pasar raya berpura-pura mengimbas barang di kaunter.

Kejadian terbongkar selepas pihak pengurusan sebuah pasar raya di Muar mendapati sistem urusan jual beli tidak temui rekod atau resit pembayaran, walaupun keluarga berkenaan membawa troli dipenuhi barangan.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 14, 24, dan 25 Mei, dan menyebabkan pasar raya terbabit kerugian kira-kira RM3,000 menurut Harian Metro.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret itu melibatkan seorang wanita berusia 52 tahun, dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan berusia 33 dan 27 tahun, dan adik lelaki wanita itu berumur 43 tahun.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Jumaat. Siasatan polis mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.