Aidiladha disambut 7 Jun

Aidiladha disambut 7 Jun

Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja Mohd Aseral Jusman berkata 1 Zulhijjah jatuh pada Khamis ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban pada Sabtu, 7 Jun ini.
KUALA LUMPUR:
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 7 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan RTM malam ini, beliau turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446H jatuh pada Khamis ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1446H ialah pada 29 Mei 2025 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 7 Jun 2025 Masihi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.