
Hakim Rohani Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas Lau Seck Yan, 58, membuat pengakuan bersalah atas tuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, lapor Sinar Harian.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 23 Jan 2022.
Mengikut tuduhan, Lau didakwa dengan niat untuk mendatangkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian suaminya, Poh Seng Hiap, 55, di sebuah rumah di Rasah Kemayan Golf & Country Township, Seremban 2, pada 3.30 petang, 23 Jan 2022.
Tertuduh yang juga bekas pensyarah kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Sebelum ini, Lau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, peguam Kitson Foong memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman minimum kerana Lau telah mengaku bersalah dan mengambil kira bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Hazwani Omar memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan serta kepentingan awam.
PRK Parlimen Port Dickson 2018 itu dimenangi Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan, menewaskan calon PAS dan lima calon bebas yang lain termasuk Lau.