Reman suspek kes simbah asid pengusaha spa disambung 4 hari

Reman suspek kes simbah asid pengusaha spa disambung 4 hari

Suspek ditahan polis di kilang getah Kuala Krai pada 4 petang Rabu lalu, sebelum direman lima hari bagi membantu siasatan.

wanita simbah asid
Suspek wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok pada 22 Mei lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Reman seorang pekerja kilang getah yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid pengusaha spa di Beris Kubur Besar disambung reman empat hari.

Suspek wanita berusia 38 tahun itu akan direman hingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes simbah asid Nor Faziera Muda, 27.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok.

Suspek ditahan polis di kilang getah Kuala Krai pada 4 petang Rabu lalu, sebelum direman lima hari bagi membantu siasatan.

Nor Faziera melecur lebih 80% di belakang badan, tangan hingga siku kanan selepas disimbah asid di spa dan salunnya di Beris Kubur Besar pada 17 Mei lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.