
Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, lelaki itu yang ditahan pada Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama selepas keterangannya dirakam.
“Dia yang juga penduduk perumahan itu mendakwa tindakannya untuk menakutkan monyet lain.
“Ketika pegawai kami ke lokasi, haiwan berkenaan sudah tiada dan berdasarkan maklumat, individu terbabit melepaskan monyet itu selepas disembur (cat),” kata yang dipetik Harian Metro sebagai berkata.
Wan Adib berkata kawasan perumahan itu berdepan dengan gangguan monyet dan pihaknya turut menerima aduan serta tindakan sudah diambil dan dilakukan secara berterusan.
“Bagaimanapun, tindakan individu terbabit tidak wajar dan ia menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Katanya, kes itu disiasat Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas dilengkapkan.
Pada Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan Perhilitan selepas satu video tular di Facebook memaparkan suspek menyembur cat ke arah seekor monyet dalam sangkar.