Anwar, PM Kemboja bincang kerjasama

Anwar, PM Kemboja bincang kerjasama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerjasama erat antara Malaysia dan Kemboja perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama.

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Manet pada Sidang Kemuncak Asean ke-46 hari ini.

Menerusi catatan Facebook, Anwar berkata kerjasama erat antara Malaysia dan Kemboja perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama.

“(Perbincangan ini) meliputi bidang pelaburan dan perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga, pertahanan, pelancongan, pertanian serta pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama erat itu adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur.

Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung dua hari bermula hari ini adalah platform utama bagi pemimpin Asean meneliti kemajuan rantau itu dalam tiga tunjang utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.