
Abang Johari berkata penggunaan teknologi membran telah mengurangkan penggunaan tenaga kepada 30kWh/kg berbanding 60kWh/kg sebelum ini, lapor Borneo Post.
“Kajian ini bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi juga membantu Sarawak memenuhi piawaian alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG),” katanya.
Beliau optimis penggunaan tenaga boleh dikurangkan lagi kepada 10kWh/kg melalui kerjasama berterusan Sarawak dengan Siemens Energy dari Jerman.
“Kita sedang bergerak ke arah penghasilan hidrogen bersih,” katanya.
Abang Johari berkata pembangunan tenaga bersih akan menjadi sumbangan penting Sarawak dan Malaysia dalam mewujudkan dunia lebih lestari dan mesra alam.
Pada Februari lalu, media melaporkan Sarawak menyasarkan menjadi hab hidrogen hijau Asean dengan memanfaatkan sumber tenaga hidro dan kerjasama antarabangsa bagi membangunkan rantaian bekalan hidrogen karbon rendah.