Masters Malaysia: Aaron-Soh tewas mengejut di tangan Man-Tee

Masters Malaysia: Aaron-Soh tewas mengejut di tangan Man-Tee

Man Wei Chong-Tee Kai Wun merangkul kejuaraan keempat Siri Super Jelajah Dunia BWF menerusi kemenangan di Masters Malaysia hari ini.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Man Wei Chong-Tee Kai Wun pamer aksi cemerlang untuk merangkul kejuaraan kategori beregu lelaki Masters Malaysia. (Gambar EPA Images)
PETALING JAYA:
Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal merangkul kejuaraan pertama mereka di tanah air selepas tewas mengejut kepada rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam perlawanan akhir beregu lelaki di Masters Malaysia.

Dalam perlawanan sengit tiga set, pasangan nombor tiga dunia, Aaron-Wooi Yik, tewas dengan keputusan 12-21, 21-15, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Man dan Tee merangkul kejuaraan keempat Siri Super Jelajah Dunia BWF menerusi kemenangan di Masters Malaysia itu.

Kemenangan itu juga menyaksikan kejayaan kedua mereka dalam perlawanan akhir Siri Super 500 tahun ini.

Pada Januari lalu, mereka menewaskan pasangan nombor empat dunia Fajar Alfian-Rian Ardianto untuk menjuarai Masters Indonesia.

Kemenangan itu menamatkan kemarau kejuaraan selama 12 tahun bagi Malaysia dalam acara beregu lelaki di Masters Malaysia.

Pasangan terakhir yang menjuarai acara ini ialah Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2013.

Man dan Tee membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD37,525 (RM159,000), manakala Aaron-Soh menerima USD18,050 (RM76,542).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.