Lelaki sembur cat pada monyet ditahan

Lelaki sembur cat pada monyet ditahan

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Perhilitan menahan lelaki itu mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

spray monyet
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menyembur cat ke arah seekor monyet dalam sangkar.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang dirakam menyembur cat ke arah seekor monyet dalam sangkar ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penahanan itu daripada Perhilitan yang bertindak mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai veterinar Daerah Petaling yang melihat video tular itu di Facebook, hari ini namun siasatan dirujuk ke agensi terbabit.

“Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Desa Moccis, U17, Shah Alam.

“Pihak polis menasihati orang ramai tidak menyeksa haiwan sesuka hati kerana ia satu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam video seminit menunjukkan seorang lelaki menyembur cat ke arah seekor monyet dalam sangkar.

Seksyen 86 Akta 716 memperuntukkan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.