Kereta rempuh treler, suami isteri maut

Kereta rempuh treler, suami isteri maut

Warga emas Mazalan Belia dan isterinya Radin Fauziah Radin Ahmad maut dalam kejadian di Jalan Bindu, Batu Pahat, pagi tadi.

Kereta rempuh
Keadaan kereta dinaiki Mazalan Belia dan Radin Fauziah Radin Ahmad selepas merempuh sebuah treler di Jalan Bindu, Batu Pahat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Jalan Bindu, di Batu Pahat, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 9.25 pagi, Mazalan Belia, 69, dan Radin Fauziah Radin Ahmad, 75, disahkan maut di Hospital Sultanah Nora Ismail, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kereta mangsa yang dalam perjalanan dari Parit Raja ke Parit Abd Rahman dikatakan merempuh belakang lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Bindu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram Zulmazi Arifin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, dua mangsa terperangkap dalam kereta dinaikinya.

“Mangsa dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.