
Beliau menewaskan penyandang, Rafizi Ramli, dalam pertembungan satu lawan satu dengan 9,803 undi.
Nurul Izzah dilihat sebagai calon pilihan untuk jawatan itu selepas lebih 200 daripada 222 PKR bahagian menyatakan sokongan kepadanya.
Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaan meletak jawatan menteri jika kalah pemilihan timbalan presiden PKR.
Seramai 32,030 perwakilan layak membuang undi pada pemilihan kepimpinan pusat PKR bagi penggal 2025-2028.
Nurul Izzah ketika berkempen berkata beliau berharap dapat tumpu kepada memperluaskan reformasi dalaman jika dipilih.
Katanya, selaku timbalan presiden beliau berharap dapat memberikan tumpuan kepada menekankan dan meluaskan ‘skop reformasi’ sebanyak yang boleh ‘dalam lingkungan parti.
Nurul Izzah dijangka mengadakan sidang media esok.