Izzah mendahului persaingan timbalan presiden PKR, kata sumber

Izzah mendahului persaingan timbalan presiden PKR, kata sumber

Nurul Izzah Anwar dalam pertembungan dengan Rafizi Ramli dikatakan meraih 72% daripada undi.

nurul izzah
Nurul Izzah Anwar dilihat sebagai calon pilihan untuk jawatan timbalan presiden. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Nurul Izzah Anwar dikatakan mendahului persaingan jawatan timbalan presiden PKR, menurut sumber.

Izzah dalam pertembungan satu lawan satu dengan penyandang, Rafizi Ramli, dikatakan meraih 72% daripada undi.

Seramai 32,030 perwakilan layak membuang undi pada pemilihan kepimpinan pusat PKR kali ini.

Izzah dilihat sebagai calon pilihan untuk jawatan tersebut, selepas lebih 200 daripada 222 PKR bahagian menyatakan sokongan kepadanya.

Keputusan rasmi pemilihan jawatan tertinggi PKR dijangka diterbitkan pada 9 malam ini.

Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaan untuk letak jawatan menteri sekiranya tewas pemilihan timbalan presiden ini.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan Amirudin Shari, Ramanan Ramakrishnan, Aminuddin Harun, dan Chang Lih Kang mendahului pencabar lain untuk jawatan naib presiden.

Amirudin yang juga menteri besar Selangor dan Lih Kang (menteri sains, teknologi dan inovasi) serta Aminuddin (menteri besar Negeri Sembilan) mempertahankan kedudukan masing-masing pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, sumber memaklumkan Fadhlina Sidek (menteri pendidikan) dan Juwairiya Zulkifli masing-masing mendahului pencabar lain untuk jawatan ketua wanita dan timbalan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.