
Adam Adli yang akan melepaskan jawatan ketua pemuda PKR pula berada pada kedudukan kedua diikuti Ketua PKR Alor Setar Chan Ming Kai.
Ditemui pemberita selepas itu, Fahmi yakin keputusan bagi semua jawatan akan diterima dan parti akan memberi ruang kepada semua yang mahu berkhidmat untuk memperkukuhkan parti.
Menurutnya, pimpinan PKR selepas ini akan memfokuskan kepada usaha mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRU16.
“Pimpinan pusat perlu santuni rakan-rakan akar umbi, cabang, ranting supaya kita boleh merapatkan hubungan antara pimpinan dan akar umbi,” kata menteri komunikasi itu.
Sebanyak 104 calon bertanding merebut 20 kerusi MPP yang dipilih seramai 32,030 perwakilan.
Senarai penuh pemenang MPP dan jumlah undi diterima mereka adalah seperti berikut:
1. Fahmi Fadzil 4,811 undi
2. Adam Adli 4,798 undi
3. Chang Ming Kai 4,753 undi
4. G Gunarajah 4,699 undi
5. Azlan Helmi 4,699 undi
6. Maszlee Malik 4,694 undi
7. Goh Choon Aik 4,669 undi
8. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina 4,669 undi
9. Elizabeth Wong 4,668 undi
10. Abang Zulkifli Abang Engkeh 4,668 undi
11. Siti Aishah Shaik Ismail 4,665 undi
12. Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad @ Altimet 4,667 undi
13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir 4,668 undi 4,455 undi
14. Amidi Abdul Manan 4,444 undi
15. Lee Chean Chung 4,416 undi
16. Azam Karap 4,403 undi
17. Syed Ibrahim Syed Noh 4,403 undi
18. A Kumaresan 4,373 undi
19. Sim Chon Siang 4,372 undi
20. G Sivamalar 4,366 undi