
Agensi Kawalan Perdagangan Strategik (AKPS) dalam kenyataan berkata, serbuan sekitar 6.30 pagi membongkar penyimpanan pelbagai spesies haiwan eksotik dan dilindungi dalam bagasi milik suspek.
“Antara haiwan yang dirampas termasuk blue iguana, red-eared slider, Savannah monitor, Nile monitor, common spotted cuscus dan black-throated monitor,” menurut kenyataan.
Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen sah atau permit untuk membawa keluar hidupan liar terbabit.
Mereka kini ditahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).
Haiwan eksotik dianggarkan bernilai lebih RM460,000 dirampas dan disita untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
Operasi diketuai AKPS dengan kerjasama Jabatan Perhilitan dan Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) akan terus komited mempergiatkan usaha membanteras kegiatan penyeludupan serta melindungi biodiversiti negara.
“Sebarang pemilikan, pemindahan, atau perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran sah merupakan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat,” katanya.