Ahli Parlimen PAS dakwa mesyuarat Dewan Rakyat tangguh

Ahli Parlimen PAS dakwa mesyuarat Dewan Rakyat tangguh

Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau dimaklumkan sidang 23 Jun-31 Julai ditangguh.

AHMAD_FADHLI_SHAARI
Ahli Parlimen Ahmad Fadhli Shaari dakwa mesyuarat Dewan Rakyat pada 23 Jun ditangguh ke Julai.
PETALING JAYA:
Seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa mesyuarat Dewan Rakyat yang dijadualkan bersidang pada 23 Jun ditangguh.

Wakil rakyat Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau dimaklumkan mesyuarat 23 Jun hingga 31 Julai ditangguh ke 21 Julai hingga 28 Ogos.

“Penangguhan ini bermaksud tempoh Parlimen tidak bersidang pada kali ini ialah 137 hari selepas ditangguhkan pada 6 Mac yang lepas,” katanya di Facebook.

“Ia merupakan tempoh ketiga terpanjang Parlimen tidak bersidang selepas dua tempoh lain yang lebih panjang, iaitu semasa penggantungan Parlimen selepas rusuhan 13 Mei 1969 (648 hari) dan semasa Proklamasi Darurat pada tahun 2021 (195 hari).”

Semakan takwim Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen bagaimanapun menunjukkan mesyuarat kedua masih dijadualkan pada 23 Jun-31 Julai.

FMT sedang mengesahkan dakwaan penangguhan ini dengan Fadhli, dan Speaker Johari Abdul atau timbalannya.

takwim dewan rakyat
Tangkap layar takwim Dewan Rakyat.

Sementara itu, Fadhli ingin tahu sebab utama sidang ditangguhkan.

“Sibuk pemilihan partikah atau sibuk merancang menyusun Kabinet baharu kerana dijangka ada yang akan letak jawatan?” katanya.

“Atau sibuk ke sana sini sehingga tak sempat menyiapkan draf Rancangan Malaysia ke-13?”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.