JPP akan beri amaran terhadap Rafizi umum ‘chai’

JPP akan beri amaran terhadap Rafizi umum ‘chai’

Pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu akan diangkat kepada Jawatankuasa Disiplin sebagaimana dipersetujui MPP.

JPP beri amaran tegas terhadap Rafizi
Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, umum senarai ‘chai’ pilihan di media sosial, menjelang pemilihan pusat esok. (Gambar Facebook Rafizi Ramli)
PETALING JAYA:
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan memberi amaran keras kepada calon timbalan presiden Rafizi Ramli kerana mengumumkan ‘chai’ pilihannya menjelang pemilihan pusat esok.

Pengerusi Dr Zaliha Mustafa, berkata tindakan Rafizi mengumumkan senarai itu di akaun Facebook bercanggah dengan garis panduan pemilihan yang telah ditetapkan JPP.

“Kita sudah menegaskan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bahawa JPP akan mengambil tindakan ke atas mana-mana aduan termasuk kempen sendiri.

“Buat masa ini, JPP akan memberikan amaran keras kepada pihak-pihak yang terbabit,” katanya menurut Berita Harian pada sesi taklimat media sempena Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru.

Katanya, aduan berkenaan akan diangkat kepada Jawatankuasa Disiplin sebagaimana dipersetujui MPP.

Hadir sama, Setiausaha Agung Fuziah Salleh; Ketua Penerangan Fahmi Fadzil, dan Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kasim.

Semalam, dilaporkan Rafizi mengumumkan ‘chai’ pilihannya membabitkan beberapa jawatan penting parti bagi pemilihan MPP esok.

Bagi perebutan empat slot naib presiden, beliau menyenaraikan empat nama pilihannya daripada senarai 12 calon yang mengesahkan bertanding.

Mereka ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, dan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G Manivanan.

Walaupun penggunaan ‘chai’ dalam bentuk digital dibenarkan secara terhad, namun pengumuman terbuka dan agresif Rafizi melalui Facebook memperlihatkan unsur kempen berkumpulan yang dilarang keras.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.