Permulaan baik Aaron-Wooi Yik di Masters Malaysia

Permulaan baik Aaron-Wooi Yik di Masters Malaysia

Beregu lelaki negara berjaya mengetepikan cabaran beregu Taiwan untuk melangkah ke pusingan kedua.

aaron chia soh wooi yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka berdepan cabaran sengit dalam pertemuan menentang Liu Kuang Heng-Yang Po Huan esok. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula baik pada Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2025 apabila melangkah ke pusingan kedua di Axiata Arena.

Juara Terbuka Thailand 2025 itu berjaya mengetepikan cabaran Chiu Hsiang Choeh-Wang Chi-Lin daripada Taiwan, 21-18, 21-16.

Aaron berkata beliau gembira strategi mereka berhasil untuk menewaskan lawan dalam pertembungan 39 minit itu.

Wooi Yik bagaimanapun menjangkakan cabaran sengit dalam pertemuan menentang satu lagi beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Huan, pada pusingan seterusnya esok.

“Ia tidak mudah. Semua pasangan beregu lelaki sangat kuat dan mempunyai kekuatan yang pelbagai.

“Jadi kami hanya perlu menyiapkan diri. Apa yang penting ialah apabila kami di gelanggang kami perlu percaya pada jurulatih kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sementara itu, beregu wanita negara Ho Lo Ee-Amanda Yap mengakhiri saingan selepas tunduk kepada Yan Fei Chen-Liang Ching Sun dari Taiwan, 6-21, 18-21.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.