
Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.30 tengah hari sebelum beberapa anggota dihantar ke lokasi kejadian.
“Maklumat diterima berkaitan satu kejadian melibatkan mangsa warga tempatan jatuh dari kondominium tingkat 29 yang terletak di Puchong, Subang Jaya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh dan ketika kejadian ibu mangsa menjaga seorang lagi anaknya yang dikuarantinkan manakala bapa mangsa bekerja.
“Siasatan mendapati mangsa dipercayai memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh,” katanya yang memberitahu kejadian itu tiada unsur jenayah.
Fairus berkata, polis juga merakam keterangan individu yang merupakan pengasuh mangsa untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Kertas siasatan akan dilengkap dengan segera sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.