Lombong emas secara haram, 2 warga Indonesia ditahan

Lombong emas secara haram, 2 warga Indonesia ditahan

Polis berkata dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit sah untuk melombong emas.

lombong emas
Dua warga Indonesia ditahan bersama jentera yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan emas haram di Jeli. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua warga Indonesia ditahan di Jeli kelmarin kerana disyaki melakukan aktiviti perlombongan emas haram.

Ketua Polis Jeli, Kamarulzaman Harun, berkata dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit sah untuk melombong emas.

Susulan itu, beliau berkata, sebuah jentera pengorek, janakuasa dan mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti berkenaan dirampas.

Menurutnya, suspek berusia 30 dan 32 tahun itu ditahan untuk disiasat Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Bagi kes melombong secara haram, kita serahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk siasatan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, polis komited menjalankan operasi berterusan bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti haram di sempadan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.