
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat pada 6.07 petang menerusi Pusat Kawalan Daerah IPD Ampang Jaya.
“Sebaik menerima laporan, anggota polis dan bomba digerakkan ke lokasi kejadian dan dimaklumkan dua kanak-kanak perempuan terjatuh ke longkang berkenaan.
“Seorang daripada kanak-kanak warga Rohingya yang berusia 11 tahun itu diselamatkan orang awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mangsa hilang kedua dijalankan pasukan penyelamat dengan kerjasama IPD Ampang Jaya serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan 10.30 malam tadi kerana cuaca gelap serta hujan dan akan disambung semula 8 pagi ini.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.