Rasionalisasi subsidi RON95 diurus sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan

Rasionalisasi subsidi RON95 diurus sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan

Jemaah Menteri sedang tunggu maklumat terkini daripada kementerian, kata Rafizi Ramli.

petrol station
Mac lepas, Menteri Kewangan Kedua Amir Hamzah Azizan berkata, pengumuman berhubung rasionalisasi subsidi RON95 dijangka dibuat selepas separuh pertama tahun ini.
PETALING JAYA:
Jemaah Menteri memutuskan bahawa keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, Kementerian Ekonomi telah berbincang dengan Jemaah Menteri berhubung perkara itu empat kali, dan ketika ini sedang menunggu maklumat terkini seterusnya daripada Kementerian Kewangan.

“Kementerian Kewangan akan menguruskan keseluruhan proses subsidi RON95 selepas ini, dan saya rasa kita perlu tunggu pengumuman rasmi mereka,” katanya kepada pemberita selepas Forum Rakan Dialog Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Mac lepas, Menteri Kewangan Kedua Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, mekanisme bagi subsidi bersasar RON95 masih diperhalus.

Katanya, kerajaan tidak mahu membuat sebarang pengumuman awal mengenai pelaksanaannya pada masa itu dan pengumuman dijangka dibuat selepas separuh pertama tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.