
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.
Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:
Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)
- Lebuhraya Koridor Guthrie
- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)
- Lebuhraya Maju (MEX)
- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan dan 7 malam hingga ketibaan)
- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.
27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)
- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC
27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)
- Sepanjang Jalan Tun Razak
- Sepanjang Jalan Mahameru
- Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim
27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)
- Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching
- Sepanjang Jalan Sultan Ismail
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng
- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC
28 Mei (8 pagi)
- Lebuh KLIA
- Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)
- Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)
- Lebuhraya GUTHRIE
- Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)
- Lebuhraya MEX
- Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Jalan Parlimen
- Jalan Kuching
Mohd Yusri berkata, penutupan akan dilakukan secara berkala, dengan setiap penutupan dilakukan dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.
“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga tidak dibenarkan memasuki pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi, dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.