‘Sabah for Sabahan’: Bung persoal komitmen Kitingan

‘Sabah for Sabahan’: Bung persoal komitmen Kitingan

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin kata Jeffrey Kitingan sepatutnya bersekutu dengan Warisan pada 2018 jika komited pada 'Sabah for Sabahan'.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin kata Presiden STAR Jeffrey Kitingan sepatutnya menolak BN sebagai ‘parti Malaya’ pada 2018.
PETALING JAYA:
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin meragui komitmen Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan pada slogan ‘Sabah for Sabahan’ yang sering digembar-gemburkannya.

Bung berkata STAR memihak kepada Barisan Nasional dan bukannya Warisan yang berpangkalan di Sabah selepas PRU 2018 membawa kepada kebuntuan di DUN.

“Jika kita fikir ‘Sabah for Sabahan’, Kitingan sepatutnya memilih Warisan dan menolak BN ‘parti Malaya’,” kata ketua BN Sabah itu, lapor Borneo Post.

Warisan membentuk kerajaan negeri selepas Upko berpisah daripada BN untuk menyokong presiden Warisan Shafie Apdal.

Bung membidas Kitingan kerana mengkritik Pengerusi BN Zahid Hamidi, yang menyifatkan slogan ‘Sabah for Sabahan’ bersifat memecahbelahkan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Penerangan STAR Ardino Diris berkata Bung bersikap selektif apabila menceritakan langkah politik 2018 itu, mengatakan Warisan juga bersekutu dengan Pakatan Harapan, yang berpangkalan di Malaysia Barat.

“Dalam membuat keputusan itu, kami melihat pada kestabilan dan tadbir urus, bukan slogan kosong. Warisan, walaupun menggelarkan dirinya sebagai parti tempatan, sejajar dengan PH yang berpangkalan di Semenanjung. Jadi, di manakah ‘Sabah for Sabahan’ yang sebenar?”

STAR merupakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah, yang membentuk kerajaan negeri dengan sokongan PH dan beberapa Adun Umno.

BN dan PH mengumumkan kerjasama untuk PRN yang mesti diadakan menjelang akhir tahun, sementara perbincangan sedang berjalan untuk melibatkan GRS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.