Hubungan baik dengan GRS perlu dijaga, tegas PKR Sabah

Hubungan baik dengan GRS perlu dijaga, tegas PKR Sabah

Ketuanya, Mustapha Sakmud, kata ada keharusan untuk menyatukan semua orang Sabah seperti kerajaan perpaduan.

Sabah PKR chief Mustapha Sakmud
Ketua PKR Sabah Mustapha Sakmud kata kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PKR Sabah menegaskan hubungan baik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dijaga bagi menghadapi PRN17.

Ketuanya, Mustapha Sakmud, berkata kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

“Kita (PKR) ada mengadakan (perbincangan) secara tidak formal dengan GRS… saya tahu mereka faham dan tentang kerjasama itu, mereka bersedia namun GRS sudah menyatakan sekiranya Pakatan Harapan dan BN bekerjasama, mereka akan bertanding solo… kita biarkan pihak GRS putuskan,” lapor Bernama.

Mustapha berkata perbincangan lanjut antara PKR dan GRS akan dilaksana mengikut peraturan asas yang ditetapkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Apa yang penting bagaimana kita mengekalkan pemerintahan kita… oleh itu, kita harus menyatukan semua orang Sabah seperti kerajaan perpaduan pada masa ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.