
Ketua Balai Bomba Setiu, Mohd Sarizan Mohamad Sapawi berkata pelajar lelaki itu dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Lata Payung di Bandar Permaisuri pada 5.17 petang tadi, lapor Bernama.
Katanya, enam lagi rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.
“Kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa petang tadi dijalankan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba Kuala Berang.
“SAR juga membabitkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Kementerian Kesihatan(KKM),” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada 9.30 malam tadi.
Pada Isnin lalu, seorang pelajar UniSZA, Wan Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, dilaporkan lemas ketika mandi di Hutan Lipur Lata Changkah di Setiu.