
Pengerusinya Zulkarnain Mahdar membuat laporan itu terhadap seorang pemberi maklumat di Balai Polis Sri Petaling.
Ditemui pemberita selepas itu, Zulkarnain berkata siasatan terhadap pihak terbabit perlu dibuat segera supaya rakyat Sabah tidak terus ditipu dengan kenyataan fitnah.
“Ambil tindakan sewajarnya kerana mereka dilihat terus menyebar fitnah.
“Saman saya kalau mahu kerana ada banyak perkara perlu didedahkan dalam mahkamah,” katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang isu perlombongan mineral sebagai ‘little 1MDB’.
“Ini satu tuduhan palsu dan jelas memberi persepsi salah kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata Ketua Menteri Hajiji Noor dan kerajaan negeri tidak campur tangan dalam kes rasuah dikaitkan dengan Adun Sabah.
Tahun lalu, sebuah portal melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan Adun negeri itu didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan syarikat untuk projek perlombongan mineral.