Suami Pamela ditahan

Suami Pamela ditahan

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa tidak mendedahkan butiran lanjut siasatan terhadap Hah Tiing Siu.

Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata Hah Tiing Siu ditahan di ibu negara awal pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan suami Pamela Ling di ibu negara pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Isa, berkata ahli perniagaan dari Sarawak dikenali Hah Tiing Siu itu ditahan untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut siasatan terhadap Hah, yang juga dikenali sebagai Thomas Hah.

Katanya, permohonan perintah reman terhadap Hah ditolak mahkamah.

Ling, 42, dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaiki kenderaan e-panggilan untuk memberikan keterangan berkaitan siasatan sedang dijalankan.

SPRM membuka siasatan terhadap Ling dan Hah Mei tahun lalu atas dakwaan rasuah serta kesalahan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat kemungkinan Hah terbabit dalam kehilangan Ling.

Pada 4 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan bapanya, Ling Kie Yii, 65, berkata mereka tidak menerima panggilan atau permintaan wang tebusan daripada mana-mana pihak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.