
Beliau menjelaskan kiasan itu bermaksud keputusan perwakilan kelak mungkin akan beri kesan pada parti dan presidennya, Anwar Ibrahim.
“Kalau Izzah menang orang kata nepotisme. Kalau kalah orang kata parti tolak Anwar,” katanya ketika berkempen untuk pemilihan PKR di Mentakab, Pahang malam tadi.
Rafizi kemudian berpesan kepada ahli-ahli muda yang ingin bertanding pada masa depan, meminta mereka supaya fikir panjang sebelum buat keputusan.
“Setiap tindakan kita akan ada kesan,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berkata beliau akan terima apa pun keputusan perwakilan, mengulangi kesediaan letak jawatan menteri sekiranya tewas pemilihan.
“Tak boleh kalau kita tak menang, tak ada jawatan penting dalam parti, kamu jadi menteri. Masa depan nanti bergaduh parti ini,” katanya.
Rafizi dan Izzah bertembung satu lawan satu bagi jawatan timbalan presiden. Pada pemilihan 2022, Rafizi menang jawatan berkenaan, Izzah ketika itu tidak bertanding dan dilantik sebagai naib presiden PKR.
Sementara itu, Rafizi minta semua ahli bertenang dan berdamai berikutan serangan peribadi sejak beberapa hari lepas.
“Jangan serang peribadi sangat. Sama juga bahagian lawak yang dibuat, jangan ambil sekerat-kerat dan kemudian buat cerita besar,” katanya.