
Dalam kejadian sekitar 4.05 pag, suspek berusia 35 tahun itu yang turut memiliki 34 rekod jenayah dan dadah bertindak agresif ke atas pihak berkuasa.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, suspek secara tiba-tiba keluar dari kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis yang kemudian membalas tembakan bagi mempertahankan diri.
“Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mengesahkan suspek maut di tempat kejadian dan turut menemui sepucuk pistol jenis FNP-45 bersama tiga butir peluru, selain pelbagai senjata, dan peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek tahun mempunyai 19 kesalahan lampau jenayah dan 15 kesalahan lampau narkotik,” katanya menurut Kosmo.
Beliau berkata, antara barangan yang turut ditemui adalah sebatang besi, dua batang kayu rotan, dua bilah parang, satu alat dipercayai ‘jammer signal’, pelbagai jenis pakaian, dan peralatan pecah rumah.
“Turut dijumpai 15 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat lebih kurang 22.5g.”
Susulan kejadian itu, lapan individu lain terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita turut ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan, disyaki terlibat kegiatan jenayah bersama suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.