
Tertuduh, Muhammad Irshad Abdul Hameed, 27, yang juga seorang penjawat awam di republik itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Dia didakwa mengakibatkan kematian A Vasanthraj, 32, dengan memandu kereta Maserati dengan cara yang berbahaya.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 6.40 petang di KM0.6 Lebuhraya Linkedua, pada 9 Mei.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000.
Lelaki itu juga boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan selain lesen memandu diendors oleh mahkamah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim dan Zarina Ismail Tom.
Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan, lapor Berita Harian.
Irshad juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan lesen memandunya digantung.
Mahkamah juga menetapkan 10 Jun ini sebagai sebutan semula dan serahan dokumen.