
Ramasamy yang mempengerusikan PHEB dari 2010 hingga 2023, didakwa menggunakan RM859,131.29 dana lembaga itu antara Mei 2019 dan Februari 2022 tanpa mendapat kelulusan rasmi PHEB.
Tiga belas pertuduhan terhadap Ramasamy, 76, dikaitkan dengan pemerolehan pedati Thaipusam bersalut emas bernilai RM779,131.29 pada 2019.
Dua pertuduhan dikaitkan dengan bantuan perubatan berjumlah RM65,000 dan dua lagi dikaitkan dengan tajaan pendidikan sebanyak RM15,000.
Ramasamy mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim membenarkan ikat jamin RM78,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Julai ini.
Peguam Shamsher Singh Thind, Eng Yuh Pei dan Archana Chandrasekaran mewakili Ramasamy, manakala pendakwaan dikendalikan Azura Zulkiflee serta Nurnajihatul Idayu Azuyar.
Selva Mookiah dilantik peguam pemerhati mewakili PHEB.