
“Ini melebihi jumlah penduduk negara yang hanya 34.1 juta dan angka ini terus meningkat, didorong jumlah jualan kenderaan baharu (TIV) yang mencecah 816,747 unit – tertinggi dalam sejarah negara.
“Trend ini bukan sahaja membebankan infrastruktur sedia ada, malah meningkatkan risiko keselamatan jalan raya serta menjejaskan kualiti hidup rakyat,” katanya dalam catatan Facebook semalam selepas menerima kunjungan hormat Presiden Prasarana Malaysia Bhd, Mohd Azharuddin Mat Sah di pejabatnya di Putrajaya.
Zahid berkata, kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia masih rendah, iaitu sekitar 25% jika dibandingkan dengan beberapa negara maju.
Beliau memberi contoh kadar penggunaan pengangkutan awam di negara jiran Singapura mencapai 67%, Seoul (63%) dan Tokyo (73%).
Menurutnya, untuk mengubah keadaan itu memerlukan anjakan sikap yang hanya boleh dicapai melalui gabungan sistem boleh dipercayai dan kempen kesedaran menyeluruh.
“Saya sentiasa percaya sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja dapat melancarkan pergerakan harian rakyat, malah turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial serta mobiliti yang inklusif di bandar mahupun desa.”
Justeru, beliau yakin dengan gerak kerja berterusan oleh agensi seperti Prasarana dan kerjasama semua pemegang taruh mampu membentuk masa depan pengangkutan awam negara lebih mesra rakyat, lestari serta efisien.
“Insya Allah, kita akan keluar daripada belenggu kesesakan dan kebergantungan kepada kenderaan persendirian.”