Rafizi sedia letak jawatan jika kalah timbalan presiden

Rafizi sedia letak jawatan jika kalah timbalan presiden

Menteri ekonomi berkata langkah itu memberikannya lebih banyak masa dan kebebasan bersuara sebagai Ahli Parlimen biasa.

rafizi ramli
Rafizi Ramli akan mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti bulan ini.
SERDANG:
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sedia meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR, menjelang pemilihan parti bulan ini.

Rafizi mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu kerana mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

“Kalau saya kalah, saya letak jawatan sebagai menteri dan jadi Ahli Parlimen biasa,” katanya dalam audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri, di Dewan Serbaguna MBSJ.

Rafizi berkata, sekalipun beliau meletak jawatan dalam Kabinet, ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau ketika ini terikat ‘mulut dan tangan’ bagi menjaga etika ahli Kabinet.

“Sebelum ini, saya anggota pentadbiran. Kalau saya tak setuju pun, contohnya Azam Baki dilantik semula (sebagai ketua pesuruhjaya SPRM), saya tak boleh sebut secara terbuka sebab saya anggota pentadbiran. Ia akan langgar etika kerana keputusan dibuat oleh perdana menteri. Jadi saya terpaksa tutup mulut,” katanya.

Rafizi akan ditentang Izzah dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.