Isu nepotisme belenggu Nurul Izzah, Rafizi gusar persepsi rakyat

Isu nepotisme belenggu Nurul Izzah, Rafizi gusar persepsi rakyat

Calon timbalan presiden PKR berkata Izzah pasti mempunyai hujah masuk bertanding, tetapi parti perlu sedia menjawab kepada rakyat.

izzah anwar
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata Nurul Izzah Anwar pastinya mempunyai hujah tersendiri walaupun berdepan serangan isu nepotisme. (Gambar Facebook)
SERDANG:
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pemimpin parti termasuk Nurul Izzah Anwar tidak boleh lari berdepan serangan isu nepotisme selepas memutuskan bertanding jawatan timbalan presiden.

Namun, Rafizi berkata Izzah pastinya mempunyai hujah tersendiri untuk bertanding jawatan nombor dua PKR dan parti perlu bersedia menjawabnya kepada rakyat, termasuk mereka yang membuat serangan dari luar parti termasuk pembangkang.

“Bila Izzah tanding kerusi timbalan presiden kita parti tidak boleh lari isu nepotisme, masing-masing akan ada hujah sendiri.

“Terpulang untuk Nurul Izzah untuk berhujah, saya tidak ada niat panjangkan isu ini tapi saya bimbang persepsi rakyat di luar,” katanya dalam program audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri di Dewan Serbaguna MBSJ.

Sebagai parti dalam kerajaan, Rafizi berkata pemimpin parti itu tidak boleh lari dari tanggapan tersebut, dicerminkan oleh akar umbi termasuk menjadi bualan rakyat menjelang PRU16.

“Isu nepotisme ini akan terus berlegar, kita bagi apapun jawapan tapi kena berhati-hati kalau jawapan itu dilihat terlebih sudu dari kuah,” katanya.

Beliau turut memberi contoh sebuah negara di Asia Tengah di mana presiden dan perdana menteri adalah suami isteri yang dipilih dalam pilihan raya.

“Itu tidak menghentikan gelak tawa seluruh dunia,” katanya.

Katanya, Izzah juga perlu bersedia menjadi ‘panglima perang’ jika menang perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.