
Ia susulan laporan baru-baru ini yang mendedahkan seorang tokoh korporat disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura bernilai lebih RM500 juta.
Dalam satu kenyataan, SEB berkata syarikat itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung siasatan kes terbabit.
“Sebagai entiti korporat bertanggungjawab SEB akan memberi kerjasama sepenuhnya dan terus komited memberikan sebarang bantuan lanjut diperlukan pihak berkuasa,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lapor Bernama.
Menurut syarikat itu lagi, ia mempunyai dasar anti-rasuah yang ketat dan telah melaksanakan kawalan dalaman serta prosedur untuk mengurus dan mengurangkan risiko tersebut dengan berkesan.
“Sebagai syarikat yang tersenarai, kami berdedikasi untuk mengekalkan standard tinggi dalam tadbir urus korporat, ketelusan, dan integriti di semua peringkat organisasi,” katanya.
Media sebelum ini turut melaporkan siasatan juga menjurus kepada unsur rasuah melibatkan beberapa pelaburan selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad (SKPB) dan Sapuracrest Petroleum Berhad yang kemudian dikenali sebagai SEB.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, tokoh korporat terbabit sudah dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 5 dan 6 Mei bagi membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.