
Amirah Hajirah Mohd Farid, 20, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Afffendi Mohd Shalleh, lapor Kosmo!.
Mengikut tuduhan, wanita itu didakwa mendedahkan kanak-kanak berusia lima bulan dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah taska di kuarters Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang kira-kira 8.30 malam pada 8 April hingga 7 pagi pada 9 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Tarikh sebutan semula serta serahan dokumen ditetapkan 13 jun ini.