Nurul Izzah tanding jawatan No 2 PKR

Nurul Izzah tanding jawatan No 2 PKR

Gelombang sokongan besar terhadap naib presiden parti itu tercetus selepas Rafizi Ramli cuti susulan pemilihan bahagian.

nurul izzah
Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai naib presiden PKR pada 2022 selepas tidak bertanding pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat tahun itu.
PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sah bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

Ia berdasarkan semakan di laman sesawang pemilihan parti itu.

Ramai pemimpin tertinggi pusat dan bahagian menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti itu, yang dimenangi Rafizi Ramli pada 2022 selepas menewaskan bekas setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Antara yang menyokong termasuk Naib Presiden Amirudin Shari, Ketua Wanita Fadhlina Sidek, Ketua Pemuda Adam Adli, dan Shamsul Iskandar Akin yang juga setiausaha politik kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Gelombang sokongan terhadap Nurul Izzah tercetus susulan tindakan Rafizi bercuti selepas pemilihan bahagian PKR, yang menyaksikan beberapa tokoh penting seiringnya kalah.

Rafizi mengesahkan mempertahankan jawatannya, manakala Nurul Izzah sebelum ini berkata, beliau akan membuat ‘keputusan terbaik’.

Nurul Izzah dilantik sebagai naib presiden PKR pada 2022 selepas tidak bertanding pada pemilihan MPP tahun itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.