Sambut ulang tahun ke-3, Lotus’s Malaysia lancar kempen Kongsi Ceria

Sambut ulang tahun ke-3, Lotus’s Malaysia lancar kempen Kongsi Ceria

Sambutan itu menawarkan diskaun besar dan bantu 700 kanak-kanak mengalami kelewatan perkembangan.

Warga Lotus’s Malaysia meraikan kanak-kanak dari Tender Touch dan GAPS Malaysia bersama ibu bapa dan penjaga pada majlis pelancaran kempen Dana Kongsi Ceria, baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Menyambut ulang tahun ketiganya, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) menganjurkan kempen Kongsi Ceria yang menawarkan diskaun sehingga 50% selain peluang menang hadiah bernilai lebih RM120,000.

Bermula dari 8 Mei hingga 4 Jun, kempen itu menjanjikan tawaran hebat, ganjaran eksklusif untuk ahli MyLotus’s serta inisiatif menyokong kanak-kanak menghadapi cabaran perkembangan dan pembelajaran.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk lebih daripada 840 barangan di semua cawangan Lotus’s seluruh negara serta di Lotus’s Shop Online, Shopee, Lazada, foodpanda dan Grab.

Lotus’s Malaysia menawarkan diskaun sehingga 50% sempena ulang tahun ketiganya.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia Azliza Azmel berkata tawaran menarik itu disediakan sebagai meraikan pelanggan yang memberi sokongan kepadanya.

“Pelbagai tawaran hebat, ganjaran berganda dan peraduan menarik secara di stor mahupun dalam talian,” katanya.

Bagi ahli My Lotus’s, kempen itu akan menyediakan pelbagai tawaran seperti:

  • Peraduan Kongsi Ceria Beli & Menang – Belanja RM80 dalam satu resit dan berpeluang memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM120,000 termasuk motosikal Yamaha, telefon pintar
    Samsung, set rumah pintar, dan e-baucar Lotus’s.
  • Baucar RM6 Percuma – Belanja RM80 dan terima baucar RM6 (boleh ditebus dengan pembelian minimum RM90 dari 22 Mei hingga 4 Jun).
  • Bonanza Mata Ganjaran Tiga Kali Ganda – Dapatkan 3x mata ganjaran My Lotus’s dari 26 hingga 29 Mei 2025.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis) selain penjimatan besar untuk pelbagai kategori seperti barangan jenama Lotus’s, produk kesihatan & kecantikan, perkakas memasak, makanan sejuk & beku, produk bayi, perkakas dapur dan minuman.

Melalui Dana Kongsi Ceria, Lotus’s komited menyumbangkan 0.5% daripada hasil jualan barangan jenama Lotus’s untuk menyokong 700 kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan kecacatan kompleks.

Barangan jenama Lotus’s seperti Value, Aliv, Cute & Care, NaxNax dan OralPro akan menjadi pemacu kepada inisiatif ini.

Dana dikumpul akan disalurkan kepada pusat rehabilitasi dan pendidikan khas seperti Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia).

Untuk mengetahui lebih lanjut layari pautan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.