Kes simbah asid Faisal Halim diklasifikasi NFA

Kes simbah asid Faisal Halim diklasifikasi NFA

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata pihaknya dimaklumkan menerusi satu surat bertarikh 18 Feb daripada Jabatan Peguam Negara.

Faisal Halim
Bintang Selangor FC Faisal Halim mengalami melecur tahap empat akibat serangan asid pada 5 Mei. Dia kini pulih dan kembali beraksi bersama kelab itu.
PETALING JAYA:
Siasatan serangan asid ke atas bintang skuad kebangsaan Faisal Halim diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha, berkata perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya menerusi surat bertarikh 18 Feb lalu daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kami membuat kenyataan di sini sebagai peguam yang mewakili anak guam kami, Faisal Halim berhubung kes serangan simbahan asid terhadap beliau pada Mei 2024.

“Sepanjang tempoh siasatan kes ini, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian  sewajarnya.

“Ini termasuklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat polis untuk membantu mereka membuat siasatan menyeluruh berkenaan dengan kes ini,” katanya pada sidang, menurut Harian Metro.

Faisal, pemain sayap Selangor FC melecur tahap empat akibat serangan itu dan terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka melecurnya.

Dia dibenarkan keluar hospital pada 25 Mei 2024 dan terpaksa berehat seketika namun kembali beraksi dengan kelab bola sepak itu.

Sebelum ini polis berkata seramai 23 individu direkod keterangan dan tiga suspek ditahan, namun tiada bukti yang mengaitkan mereka dengan serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.