BNM kekal OPR 3%

BNM kekal OPR 3%

Pendirian dasar monetari konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan, kata bank pusat.

bank negara
Menurut BNM, MPC akan terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan.
PETALING JAYA:
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%, susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Bank pusat itu berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari ini konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan, meskipun dengan tarif timbal balik dikenakan Amerika Syarikat.

“Menyedari adanya risiko pertumbuhan menjadi perlahan dalam persekitaran ekonomi, MPC terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.