
Penyandang lain masih belum menyerahkan nama, berdasarkan semakan di platform pemilihan PKR.
Enam pencabar lain termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh R Ramanan yang juga timbalan menteri; bekas exco Selangor Hee Loy Sian; Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran, dan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin.
Turut masuk gelanggang, Senator Abun Sui Anyit dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Dr N Sathia Prakash,
Selain Nik Nazmi dan Chang, dua lagi naib presiden yang terpilih pada pemilihan parti 2022 ialah Aminuddin Harun dan Amirudin Shari, masing-masing menteri besar Negeri Sembilan dan Selangor.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy dan bekas Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari kemudian turut dilantik sebagai naib presiden.
Pencalonan untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dibuka hari ini dan akan ditutup pada 11.59 malam esok.